JellyPages.com

^iklan^

Thursday, July 07, 2011

~pesanan peNaja~

Assalamualaikum & selamat pagi..

Selamat ari khamis yerrr...:D
Selepas agak membizikan diri pagi ni dengan menjadik operator telepon, akhirnyaaa..selesai sudah tugas yang diamanahkan..hi³
Ha³..sememangnye baru ku tahu operator telepon ni memang sibuk yang amat yerr...
Pepagi dtg opis bos da suruh kol semua PA² Pengarah Negeri & Bahagian kat sini.
Tapi I cume kol yang kat Negeri jek!Tu pon da kate byk³ sgt da kann?
Yela, for 15 states takdela banyak sangat rupenye..Tapi bile kol sekali tak dapat, tu yang malas tuh!Kene kol lagik!
Tak masuk lagi tinggal pesan kat staff lain.fuhh!!Penat yob nak kene citer dari awal sampaila akhir.
Kalu dengan PA sendiri,cume ckp point jek!konpem die da tau jadual bos² dorang.
Untuk PA² Bahagian nih, I cume hantar emel jek!
Kate nak jimat kann?So, bile hantar emel tu, da kire jimat bil telepon da la kann??hi²

Lepas da setel tu, barula sempat bW & check emel.
Sambil duk delete notification yang dari fb yang agak banyak tu, tetibe tengok 1 emel dr tempat I blajo.hu³
Igtkan apela eh.Biase result jek yang dorang htr thru emel.
Info lelain xde pulak rajin nak hantar.Semua kite kene alert sendiri jek!
Rupe²nye..ni haaa...
Pesanan dari Naib Canselor kitorang..
Korang bacela kat bawah ni if nak tau lebih lanjut yerr...:))

LARANGAN PENGLIBATAN MAHASISWA/I UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DALAM PERHIMPUNAN HARAM BERSIH DI SEKITAR BANDARAYA KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011

Perhatian Saudara/Saudari kepada perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan dengan itu adalah diingatkan bahawa semua mahasiswa universiti dilarang sama sekali melibatkan diri dalam Perhimpunan Haram BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana termaktub dalam Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan ) 2011, Akta A1375 Seksyen 10 (1), (2) dan (5) manakala kakitangan universiti di bawah Seksyen 3 (1) dan (2) (d), Bahagian II, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605.

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (1) -

A student of an Institution may become a member of any society, organization, body or group of persons, whether or not, it is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is in or outside Malaysia, other than-

(a) any political party, whether in or outside Malaysia;
(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or

(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (2)-

“An organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, may have any affiliation, association or other dealing with any society, organization, body or group or persons, whether or not is is established under any written law, whether it is in or outside the Institution, and whether it is or outside Malaysia, other than-

(a) any political party, whether in or outside Malaysia;

(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or

(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution”.

Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2011, Akta A1375, Seksyen 10 (5)-

“No student of an Institution and no organization, body or group of students of an Institution which is established by, under or in accordance with this Act, shall express or do anything which may reasonably be construed as expressing support for or sympathy or opposition to-

(a) any political party, whether in or outside Malaysia;

(b) any unlawful organization, body of group of persons, whether in or outside Malaysia; or

(c) any organization, body or group of persons which the Minister, after consultation with the Executive Head, has specified in writing to the Executive Head to be unsuitable to the interests and well-being of the students or the Institution.”

Seksyen 3 (1) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan -

“Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang Di Pertuan Agong , negara , Kerajaan dan badan berkanun”.

Seksyen 3 (2) Bahagian II Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000, Akta 605, Tatakelakuan

“Seseorang pegawai tidak boleh –

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama badan berkanun.”

Sehubungan dengan itu, semua mahasiwa universiti diminta mematuhi ketetapan ini dan sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di atas merupakan satu kesalahan serius dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib di peringkat universiti dan juga di bawah peruntukan mana-mana undang-undang Malaysia yang sedang berkuatkuasa.

Sekian dimaklumkan.

DATO’ PROF. IR. DR. SAHOL HAMID ABU BAKAR, FASc
Naib Canselor

Oke, babai..:))

2 comments:

sham said...

huhuhu... jgn terlibat... buat leceh jek nanti...

Segmen Simple : Jom Komen Entry Saya

nuRuL said...

sham:mmg xnk pon.
sabtu ni lepak umah jek!
layan hindustan tv3 lg best.
kih³