JellyPages.com

^iklan^

Thursday, June 30, 2011

~jom reka dialog~


Assalamualaikum.

Selamat petang semua..
Hai abg ben10..oppppsss..abg ben jela..hi3.;p
Korang petang² cenggini tak payahla stress sangat eh!Jap je lagi nak balik rumah,so kenela relakskan otak.
Jangan nanti terbawak² mood serabut tu ke rumah.Tak baik lerr...:D
Jum kite join segmen abg ben.
Sure best punyerr...:))
Moh reramai kite pegi SINI,k.
Kene create 5 ayat dialog tau berpandukan 2 keping gambar yang die bagi. So,inila dialog spontan I bile tgk pic yang abg ben tempek tu.

Isteri : Sayang!I nak marah sesangat ni tau!!!!
Suami : Ishhh sayang ni!!!Mesti nak tukar jadi rimaula tu!!
Isteri : Iyela.Sayang tau tak I da lapar giler ni tunggu U balik!
Suami : Olololo sayang ni.Jgn marah² lagi.Jum kite g makan eh!
Isteri : Hurmmm...mujur sayang paham sendiri eh!:))


p/s:Si die selalu cakap klu I lapar mesti nak marah orang jek!Same cam rimau.hi3Tapi jap jela.pas die ajk makan tu da oke smula..:D

Babai..:))

Wednesday, June 29, 2011

~info lelaki~

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian di pagi hari Rabu ini yerr...
Dicopy dari emel yang kawan I hantar..
Tajuknye ialah Perkara Yang Wanita Tidak Tahu Mengenai Lelaki..hurmmm..cam interesting je kan?
So, bace & fikir²kanla eh!:D


Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3. Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, ‘Awak langsung tidak menghormati saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4. Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

5. Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya) . Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

6. Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

7. Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

8. Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

9. Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menung
gu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

10. Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Tuesday, June 28, 2011

~giler mahal!~

Assalamualaikum semua..

Selamat tengahari...:D
Korang da lunch ke?
Hah??awal lagi??
Oooo..oke..
Bole kate awal lagila kul 12pm da lunch kan?
Tapi untuk orang yang breakfast cume fries macam I ni..memang dera perutla namenye..
Giler ke hape klu masih kenyang makan tu jek pagi tadi..
Hehehe..tak taula if korang yang makan same cam I still kenyang tapi perut I ni memang kuat s
angat mintak diisi..hi3
(sampai ade orang yang tegur,kuat makan tak padan dengan badan yang selim tu..hi3)

Hurm...senyum jela I dengar kate² cenggitu.
Dah penat telinga ni dengar ayat cam 'eh!kamu ni tak cukup makan ke?kurus sangatla!'.
Hanya kawan² yang selalu dengan I jek yang tau camne I makan.hi3
Setiap mase kalo bole nak mengunyah tau!:D

Oke².Da lari topik nampaknye ni.
So, balik smule kat ape yang I nak share dengan korang tentang lunch I arini.

I baru jek sudah makan.
Yup,I da mkn lunch.Nasi putih+Kari Ayam+Sayur sikit.
Itu jek menu arini.Yang lain² da tak minat sebab I da ade ayam tuh.
Yang I cakap MAHAL GILER cam title kat atas tu bukan sebab grand total untuk 3 items tu.
Tapi untuk setengah ni haaa.....

Ubi kentang/Potato

Oke.I rase mahalla kot untuk setengah ubi kentang yang da masak dengan kari ayam tu harganye 50 sen.
Ke korang rase biase jek?I yang berkire sangat kot!
If 1biji potato tu die charge sampai 50 sen takdela I kisah sangat pon.
Lagipun potato tu da skali masak dengan kari tu, harus charge jugak eh!
So, pe kate korang?Setuju eh harge die banyak tu?:p
Tapi takpela.I bukan berkire sangat pasal makan² ni.If rase nak makan,tak kisah sangatla harga mahal ke murah.
Kalau hujung bulan tapi nak jugak melantak Kenny Rogers tu kene wat² muke kesian kat si die larr..hi..:))
Ok.Got to go.My boss is in now!
Sebbaik da siap mkn kat tempat I ni.Kalau tak, maunye ade yang termalu-malu kucing gitu dgn bos!kih3
Babai..:))

Monday, June 27, 2011

~rezeki kamu, dik!~

Assalamualaikum..

Semalam hari Ahad korang pegi jenjalan mane??
Best tak weekend korang??hi3
I kan sempat pegi Kem Bumi Jati, Jln Kebun.
Korang penah dengar tak name tempat tu ?
Ke penah pegi?

I memang first time sampai kat situ petang semalam.
Hantar adik I yang ade kursus/kelas persediaan Bahasa Arab.
Omakaiii..punye jauh kan die g class bahasa arab kan?
Dalam kampung lak tu.Dalam setengah jam gak kot if nak pegi Shah Alam tu.
Memang klu tak betul² tengok signboard kat highway tu I rase ade yang terlajak ke Klang kot.
Tapi die kat situ sebulan je.
Makan semua da diberi cukup² oleh management yang die join tu.
Makanan lain pun I tengok 1 plastik beg besar tu die import dr Trg.hu3
Tak taula ape yang dibawaknyer tu.
Mak I cakap mcm nak duk setahun jek kat situ.hi3
Tapi takpe, if ade pape yang die nak, kakak die ni volunteer jek nak g sane.:D

Actually kursus yang adik I join ni dianjurkan oleh Global Medic Network Sdn. Bhd.
Tahun² sebelumnye dorang just buat kat UKM Bangi jek!
Tapi tahun ni dorang buat kat kem yang slalu kursus BTN pon buat kat sane.
Cam terpencil sikitla tapi overall tempat die I tengok mcm ok jela.
Takdela kekok sangat nak duduk sebulan kat situ.
Reason?Kalau buat kat UKM, student bebas keluar masuk and on weekend kadang² dorang xleh wat class sebab student ramai lik kg.
So, jalan penyelesaiannya?Kenela adik I berkampung kat Jalan Kebun, Seksyen 30 tu selama sebulan.:))

Ok.a little bit explanation about my sis's study.
Dia wajib pegi kursus/kelas persediaan ni sebab insyaAllah on 21/22 September 2011, she will fly to Mansoura University, Egypt.
Before dis, my sis ni kat UIA Kuantan.
Kat situ dia amik nursing.
Tapi sebab minat die yang mendalam dalam bidang medic & kat UIA die tak dapat tempat, so ade beberapa orang senior yang suggestkan die try dgn Global Medic ni.
So, alhamdulillah, memang ada rezeki die.

Adik I ni da ade basic Bahasa Arab time kat UIA tu.So, die retila jugak sikit² cakap orang Arab nih.
Tapi kat kursus ni dorang ajar jugak bahasa Arab pasar katenye.
Even pembelajaran dalam Bahasa Inggeris tapi dlm kehidupan seharian (mase nak sopin or ape² jela and also mase praktikal nanti), mesti kene gune Bahasa Arab jugak.Bahasa Arab pasar especially.
Bahasa pasar ni lebih kurang maksud dengan loghat/slang di sesuatu tempat.
I amik contoh kat Melesia ni, kalo kite g Kedah ofkos dorang pon ckp dgn kite slang Kedah kan?Takdenye dorang nak tukar cakap orang KL plaks..:))
Sebab tu budak² yang nak pegi ni kene tau jugak loghat orang sane cakap.
Yang kite dak² degree duk amik kat mane² universiti as a third language tu bahasa Arab kire bahasa formal.bahasa buku.
Erm..itula yang I dengar pada sesi taklimat kepada penjaga semalam.(bukan suke² ati reka taw!)

Kat kursus/kelas persediaan ni, dorang bukan diajar bertutur dalam bahasa Arab jek tapi macam² aktiviti yang turut diadakan seperti kelas pertahanan diri, pembentukan group study semasa di Mesir nanti & mencari roomate sewaktu tinggal di Mesir nanti.
Ok.da takde pape lagi kot nak citer pasal die.Lagipun, bos baru bg keje nih!
If ade, t I sambung lagi.

Babai..:))

p/s:wishlist thn dpn kene tulih besar² WAJIB kumpul duit sebab mak nak buat family trip ke Egypt on 2012.:))

Saturday, June 25, 2011

~rumah baru?~

Assalamualaikum..

Hai semuaaa....
Erm...pe aktiviti/plan korang arini?

Gaji da dapat kann??(untuk orang gomen jela..)
So, mesti ade yang plan baek punyerrla..
Jalan-jalan cuci mate ke?Sopin ke?hi3..
Soalan yang agak klise orang tanye bile duit da manyak dalam tangan..kih3..
(dapat gaji mmg banyak kann?tapi pas byr sume bil?banyak lagi kerrr?)

:D

I xde plan nak g sopin kat memane pun lagi setakat ni..(untuk pagi ni jela..petang ni xtaula kot ² otak da bg idea g mane)
Tapi untuk g jenjalan I excited nak g tgk umah..
Haaaa...mesti korang tpikir apela minah ni excited sgt nak g tgk umah kan??
Macam tak penah tgk rumahla plak kan?

He3..memangla I selalu sangat tgk rumah..And..tinggal pun di rumah jugak..
Tapinyerr...rumah yang I nak g tengok ni rumah yang still under reno..under construction lagii..
Even ade few things yang tak siap lagi tapi bile tengok umah tu, I rase tenang jek..(pening fik
ir cane nak design kitchen cabinet)
Yela..sekarang ni kan I duk rumah bertingkat² tinggi..Nak naik umah pon kai lif je
k!takde laman sndiri pn.hu3.Tapi jiran² ade ramai cam kat rumah sekarang gakla..:))
Bile g rumah yang hampir nak siap tu, ade laman.Pastu I bulehla jugak feeling² cam duk kampung jugak sebab ade pokok² sekeliling..hi3..(bukan kat dalam hutan tau rumah I ni!:p)

And bile da nak ade rumah sendiri ni, I lebih teruja nak soping untuk barang² hiasan rumahla plakss..
Takpela belanje lebih ckit untuk rumah nampak selesa & cantik di mate I ni..(tapi duitnye kene tadah tangan kat tuan rumah gak..hi3..)
So,konpem arini I akn g tgk umah baru tu.


Naa....inila rumah yang I katekan tu..
Ni I gugel kat website developer tu jek!
Tapi memang totally same dgn rumah yang I nak pegi tu..
Quite far from Putrajaya tapi bukannye tetiap ari g mentengok umah tu..
So, xkesah pn stengah jam/45mins duk dlm kete..:D
InsyaAllah..
Ade rezeki dapatla I duk sini..
Tapi tatau lagila bile nyer..
Smua da kene plan dari sekarang kot??hi3..
Tak sabar nak duk rumah sendiri..:))

Babai..:))

~bahaya sarapan!~

Assalamualaikum..

Selamat hari Sabtu yer..
Selamat berhujung minggu..
Have a gud one yea!!:D

Awal2 pagi ni I namo lar cakap pepanjang..
Cume nak tinggalkan pesanan kat korang jela..
Tu pun for those yang sudi membace sampai abesla eh!hi3

Korang breakfast ape ea pagi ni?
Masak ke?Ke main oder je?he3
Arini I bangun je tido tetibe lak rase nk mkn roti canai..
Sbb dah lame rasenye tak makan, so harusla eksen2 cam ngidam ckit..kih3
Tapinyerrrr...bile I terbace 1 statement (korang tgk bawah lagi tau!)..terus terbantut niat nak makan roti canai..hu3..(kesian perut y ngidam..:'()


Ni haa...I cilok dari emel kawan I hantar..
Bacela eh sampai abes..:D



BAHAYA ROTI CANAI

Seorang sahabat saya yang mengambil kursus Sport Science dari UPM memberitahu sekiranya kita mula bekerja pada umur 20 tahun dan makan sebiji roti canai setiap hari, kita mungkin tidak akan hidup sehingga umur 55 tahun. Kenapa?

Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5 KM berjogging. Maknanya sekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung.Dah tu kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat byk sgt minyak dlm roti canai. Nak uli tepung, ltk minyak, nak canai, ltk minyak,nak goreng pon ltk minyak jgk. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia).

Bila kita exercise, kita berpeluh. Penyakit keluar bersama peluh, sebab tu kita sihat bila berpeluh. Sekarang, kita makan tukang roti canai punya penyakit pulak. Lagi satu, jangan makan roti canai yang tukang buatnya pakai cincin sebelah kiri. Faham-faham ajelah. Sebagai alternatif, makanlah capati. Makan 8-10 keping capati sehari pun xde halla, anda akan menjadi sihat dan kuat.

BAHAYA NASI LEMAK

Nasi lemak pulak kandungan santannya tinggi. So cholesterolnya tinggi.Prof. Ungku Aziz ditanya apakah rahsia beliau sihat physical & minda pada umur 85. Dia cakap, dia tak makan atau jarang sekali makan nasi lemak seperti kebanyakan orang Melayu.

SUMMARY
As many of us are approaching 30 yrs old with some are already in 30s, we should be kind and gentle to our body. The least that we could do is to be moderate in everything we do and watch out on our food intake. Eat healthy food.

Sekian..
Babai...:))

Friday, June 24, 2011

~dedikasi untuk ADAM..~

Assalamualaikum..

Naaa...aritu I ada tempek notes untuk kaum sejenis I kan?
If korang tak terbace, bulehla pusing balik ke SINI yerrr...

Arini I nak tempek pulak dedikasi untuk kaum ADAM, oke!
So, bace dan hayatila tiap baris ayat tu..hi3


Adam..
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yg soleh buat ibu bapamu serta saudara2mu & jugak jiran tetanggamu
Andai engkau sudah beristeri, jadilah suami yang meringankan beban isteri mu
Andai engkau sudah menjadi bapa, didiklah isteri dan anakmu sehingga dia tidak gentar menjalani kehidupan mengikut agama Allah

Adam ..
Andai engkau belum berkahwin, hormatilah wanita-wanita yg engkau kenali,
Ingatlah engkau jugak dilahirkan oleh insan wanita
Ingatlah Adam bahawa lelaki yang baik adalah pelindung kaum wanita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan perempuan yang bukan muhrim,
Kerana dikhuatiri bila dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman serta tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Adam ...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik bersedia membimbing sesiapa sahaja atas agama-NYA
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu matlamat dalam kehidupan adalah mengukuh ikatan tali persaudaraan.

Oleh itu Adam ..
Jagalah pandanganmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu,
Malulah kamu jika bergelar lelaki tapi berakhlak sebaliknya
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Cintailah sesama manusia kerana itu adalah jalan agama-NYA
Janganlah menjadi lelaki yg dilahirkan wanita yg tangannya mengoncang dunia menjadi lelaki mengoncang iman wanita.

Babai..:))

~murah rezeki..insyaAllah..~

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua....:))
Tengahari tadi mase I khusyuk duk check email tetibe terbace 1 emel ni.
So, I rase patut share ngan korang sekali kot.
Silela bace ea..:))


20 Amalan Murah Rezeki

Semua orang impikan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur, termasuklah saya. He.. he... Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya. (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, (Surah ali-Imran, ayat 145)
dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)

Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal. Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amin.

Babai...:)).

Thursday, June 23, 2011

~kisah cikgu dgn ank muridnye..~

Assalamualaikum..

Rasenye korang pon da ramai tau kisah yang I nak share kat sini jap lagi.
Tapi takpela..even korang da penah bace pon tapi tak salah mengulang bace lagi ka
n?
As a reminder omputeh kate..hi3
* * *

Rumput dan Kasih Sayang

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang
lagi.. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.

Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang
menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling b
aik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Ok..
So, pengajarannya jangan terlalu tamak untuk mencari kasih sayang lain sedangkan sudah ade orang yang sudi mencurahkan kasih sayangnya kepada kita.Babai..:))

p/s : bersyukur sebab sampai ke hari ni si die sentiase sabar melayan karenah I yang kekadang emosi sikit.hu3

Ungu-Percaya Padaku

Assalamualaikum semua..

Selamat ari kamis yerr...
First entry ni harusla kite peace in mind dulu kannn??
So, jum layan lagu yang I duk dengar sekarang ni,k..

Babai...:))


Wednesday, June 22, 2011

~time kasih daun keladi yerp!~

Assalamualaikum semua..

Ehem..ehem..ehemmmm...hi3
Sebenarnye entry ni dibuat khas untuk semua kawan2 yang sudi menjenguk & jugak meninggalkan jejak mereka di blog I ni..:))
I suke bile list kengkawan I pon makin bertambah tetiap ari even xdela ramai sangat lagi nak dibandingkan abg ben kite tu kann?he3
Tapi at least bile da sedar yang ade jugak kengkawan yang singgah kat page ni, I jadi bersemangat nak update selalu page ni..:))

Terima kasih bebanyakla yerr...:D

Hi3..memang xjadi betulla niat I nak berdiam diri di ari rabu ni kan.Siap berceloteh panjang lebarla plakss..:D
Ok korang, babai yerrrr.......:))

~list kengkawan baru!~

Assalamualaikum & hello semua..

Even tak ramai yang sudi menjenguk page I yang agak kusam ni tapi I amat berbesar ati nak listkan kengkawan baru I..hi3

http://hajar-apesaje.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://yien9897.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://shehanzstudio.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://suarahatisipujaanhati.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://farabudakbaik.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://ohnapie.blogspot.com
http://esmeda.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://cahayapelangie.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://magentateletubbies.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://miss-nadya.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://isyamnmirah.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://letmebemeso.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://www.sunahsukasakura.com/2011/06/wordless-wednesday-8-aku-promosi-kau.html
http://naimulfirdaus.blogspot.com/2011/06/saya-promosi-kamu-promosi-saya.html
http://lytulip.blogspot.com
http://memyselfandnotirene.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://www.alyaesprezzo.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://mienkarim.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://inspirebunny.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://theaanraihan.blogspot.com/
http://nurulain1011.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://alfredshin.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://ummip3.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
Segmen Promosi
http://sweetlikewhat.blogspot.com
http://heartylolipop.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://musicbrilliant.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://eleventx.blogspot.com/2011/06/list-blog-aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://gurlgemini.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://lzulxocraxme.blogspot.com/
http://www.areliff.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://mrbaiz.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://genkcorner.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku_22.html
http://lulu-pages.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://garyasip.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html

http://
msredcheesecake.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://izzwanariff.blogspot.com/2011/06/abang-ben-ounye-pasal.html
http://fadzli-rt.blogspot.com/2011/06/kenapa-aku-promosi-kau-promosi-aku.html

http://www.trioseposen.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://topimagine.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html

http://kay-akam.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://unguvioletlovelifestory.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://papamacho.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://mynamealia.blogspot.com/2011/06/segmen-aku-promosi-kau-promosi-aku.html

http://lalabiela.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://nukilanrasahatiku.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
http://wwww.hasrulhassan.com


[update : 08.05AM@23.06.2011]

A million tengs yer korang sebab singgah+jenguk page I yang tak seberape nih..hu3
Nanti janganla segan & malu nak jenguk sini lagi eh!:D

Babaiii...:))

~Makan Angin Bersama Genkcorner~

Assalamualaikum..

He3..arini I banyak mase terluang kot..
Sempat join 2 segmen lagi tuuu!!!:p
Ni pon nak try nasib la..
Hurmmmm...I pon tak tau nak tag sesape..
So, I offerla kat korang mane² yang interested nak follow I, just
klik CORNER ini yerrr!!!!!!!!

Ok, babai...:)

~Aku Promosi Kau Promosi Aku~


Assalamualaikum...

Hihihi..Mesti terkujat je kan korang tetibe ade abg ben dlm entry ni kan?
Act, I terajin lak nak bw petang² gini & tersinggahla kat blog abg ben.
So, as usualla kan, selalu ade je segmen yang die buat.
This segment die cakap nak promote belog yang best tapi even belog I takdela best sangat tapi I sungguh² jugak nak join..kih²(xsedo diri kan?)
Tapi I memang ade niat nak jadikan belog I ni 'under construction' jap..he²..
Cume mase je xcukup banyak nak godek² kat sini..hi3..;p

Okla, kate wordless wednesday kann??so terbanyakla pulop bercakap.hi3
Korang klu interested nak join jugak, klik jela SINI eh!

Babaiii....:))

Friday, June 17, 2011

~alhamdulillah Ya Allah!~


Assalamualaikum semua...:))

Hah!!!!awal² lagi da senyum lebar ko!
Hi3..I hepi sangat² sekarang...
Sebab tu asyik tersenyum jek!:D

Even orang lain da awal² pagi lagi da dapat tau tapi I baru je dapat tau.
Sebabnyer server opis ni memangla lembab gler nak loading page yang I nak bukak tu!
Huh!!penat menunggu tau!Tapi takpela..last² I dapat jugak tau.
Korang nak tau ke page apela yang I tak sabo² nak jenguk tu?
Naaa...kat
sinila I duk klik
berbelas kali tapi tak dapat jugak nak masuk.hu3..
Geram seyh bile pas sorang² kawan I tanye ape resultnye..

Tapi bile tengahari I buke kai bband buleh lak nengoknyer..
Dan bile tengak ape yang tertera kat page tu semua debaran ilang & I tersenyum lebar..:D
Takdela I dapat dean list tapinyer result I memang tak disangka-sangka langsung.hi3
Both GPA & CGPA meningkat and I have to admit yang pointer kali ni memang tinggi compare last 3 semester.hi3
Dan bile difikir, dihitung dan dicongak, I jadi terus semangat
nak study hard lagi next sem & kekalkan pointer cam sekarang.
Boleh gak dapat kelas pertama even tak dapat dean list pon.
Sebab I tau bukan senang woo nak dapat anugerah tu..
I ni pon baru nak maintainkan pointer start part 4..So I juz have another 6 p
art to end my study.
Memang susahla nak tersenarai kan.hi3
.

tapi tak salah berangan dulu kan?hi3

Ape pon, I sangat² bersyukur dengan ape yang I dapat sekarang ni.
Dan I'll make sure next semester, I will try harder to
make sure I get the best!he3
Di kesempatan ini I nak ucapkan berbanyak time kasih kat sume ke
ngkawan I (leya & nad) yang same² berkampung di rumah I & aina mase nak exam sbb sudi wat study group sesama...
Kepada si die jugak yang faham kesibukan I mase nak exam tu & sabar jek tahan dengan sikap I yang kadang² emo tak tentu pasal.Time kasih daun keladi yerp!:))
yela kan..mase nak exam tula,I baru nak buke sume buku & nak f
aham satu² bab.manela xkelam kabut & stress.hu3.

Terima kasih Ya Allah kerana sentiasa membuka pintu rezeki kepada hambaMu ini tanpa mengira waktu!:=))

Friday, June 10, 2011

Alyah - Kisah Hati (Official Video)

Assalamualaikum..

Sekarang I tengah syok layan lagu ni taw!
Korang cubela dengar eh!
Melody die nice sesangat!
Lirik tu I tak tengok sangat pon..
Sebab da terpaut kat melodi die & alyah.
Bukan sebab remy ishak taw I minat lagu nih!oucchh..plzla,k.

Oke,layannnn........


Babaiii....:))


Wednesday, June 08, 2011

BEN ASHAARI AJAK KRITIK BLOG AKU

Assalamualaikum semua..

Ekceli baru je mencube untuk join segmen ben ashaari ni..
Sebabnyer???...........
Ermmm.....I kan baru je merajinkan diri untuk sentiasa hapdet belog I ni kan..
So korangg...jum kiter join ramai² segmen ni oke?...:))
Kat SINI oke!

No. 62 taw!!

Oke..
Babai korang...:))

Tuesday, June 07, 2011

~Bandung Day 1~

Assalamualaikum..
Sekarang I betul2 ade kerajinan untuk meng'update' tentang lawatan sosial ke Bandung beberape minggu lepas..:))-setelah dipakse berkali2 oleh si die..hu3
Harap2 I dapat abeskan jugakla even I rase cam nak divide ke beberape part.hi3..(mcmla byk sangat citer kamu sampai nak buat part2 bagai..)

Bukan pe korang..I nak wat part by part ni sebab I takut tak mampu nak abeskan citer 3 hari I kat sane dalam 1 mase yang agak pendek ni..hu3

Seriesly, bukan sebab terlampau banyak sangat citer I tapi sebab mase tak cukup sangat nak berceritera panjang lebor..hu3..


DAY 1
Kitorang sampai sane da malam sebab flite dari tanah airku tercinta kul 1915pm..
Sampai kat Airport Bandung-Bandara Husein Sastranegara dalam kul 2010pm..
Tapi kat Melesia da kul 2110pm da..
Kan ke kite cepat 1 jam dari dorang..:))

Sesampai je tu, punyela lame nak check kastam & imigresen dora
ng..
Mau xlame...2 kaunter je ade..nak cover kitorang passenger yang beratus jugakla malam tu dlm flite..
Penat seyh beratur cam budak skola..buat 4 baris setiap 1 kaunter..adooiii...sabor jela...
Pas setel kastam & imigresen yang hampir 30mins tu,kitorang be
rtige pon kuarla ke arrival gate..
Mak aiii...ramainye orang2 taxi duk approach kitorang..
Memang rimas sesangatla!!!huh!!


Lepas setelkan sikit urusan yang tertangguh, kitorang pon ke kaunter taxi bermeter..Bluebird..
Tanye harge nak ke hotel yang da ditempah tu..Rp40k kate penjaga kaunter..
So, kitorang amik jela kan..dari naik taxi yang ntah pape je name..
Sebab I ingat pesan kawan yang kalau nak nek taxi kat sini, make sure amik Bluebird sebab die kai meter..
Taxi lain, idok ler teman tau yob cemane kiraannye..maapla yerrr!!!:)

Dalam 20 mins kot, barula kitorang sampei kat hotel..

Fuhh!!!!!!!mase tu memang penat gilossss je...
Rase nak masuk bilik tu, cepat2 je nak tido..
Tapinyer.....ade sikit kekeliruan yang wat kacau+hilang m0od nak tido cepat..
Time tu, I rase sangat2 down!Dahla jauh di tempat orang!Pertama kali plak tu sampai sane..Memang terasing sangatla tempat I berada tu.huk3..
Kalau kat Melesia ni, ape jadi sekalipun, kat mane2 pun, tetap boleh usaha cari kawan kan??
Tapi sekarang I kat sane bertige, memang buntu sesangat..hu3..

Hopefully bile pegi lagi dah tak jadi camtu lagi..:'(

Frankly speaking, memang kelam kabut sangat situasi mule2 kat sane sebab tetibe muncul plak orang yang cakap tak serupe bikin..memang menyusahkan!dan telah merenggangkan hubungan antara kawan.I memang serik sangat² tak nak travel dengan orang cenggitu lagi pasni..hu3.
Mase tu I da fikir, pasni kalau die tak bercakap dengan I pun xpela kot..
Biarla orang sekeliling nak cakap pe pun pasal I ble die mule berkata²..Yang I tau, orang lain tak tau hal sebenarnye..
Umur da cukup matang pon tak boleh fikir mane satu yang baik..mane yang buruk & susahkan orang..
Hei sis!!orang berpegang pada janji tau!ingat itu jela.once kite mungkir,orang akan pandang serong kat kite!
Dan itula terjadi kat I mase kat sane.Sebabnye??Sebab I yang arrange sume tapi last minute cancel.
Sebab diela!Yang tak jadi ikut plan asal & yang paling I bengang, boleh pulak die tak bagitau.
Bile I tanye baru die cakap.
Maybe orang jenis camni tak fikir ape jadi kat die kalau orang lain buat camtu kat die..
I ni yang tak jadi nak ikut plan die pon reti nak gtau die 2/3 weeks before kitorang pegi sane..
Sebab taknakla menyusahkan orang kalau boleh..Tapi at last, I plak yang terkena.hu3
Kalau pun marah I, so susahkan I jela, janganla nak libatkan orang lain..

Yang mencari rezeki dengan cara macam tu..haishhh!!memang spoil jela m0od awal2 sampai sane..
Ape pon, malam tu kitorang tido agak lewat jugakla..
Jam 1am baru kitorang tido..
Lepas bersenda gurau antara kite bertige ni and makan burger mcD dr Melesia, barula mate ni terase ngantokksss...:D
Itu pon sebab fikirkan esok nak kene bangun awal dan pakai energy yang banyak
untuk pusing Pasar Baru..
Oh yer!!!!sebelum citer lebih panjang, I nak gtau yang plan kitorang memang totally changed dari yang asal..

Tapi xpela sebab kitorang memang g sane nak soping jek!xde fikir nak buat lawatan ke T/Perahu ke, Strawberry Park ke..Sume lawatan tu ditunde ke next trip..hu3..(memang nak sangat pegi lagi sebab xpuas lagi soping..Factory Outlet pon xsmpt nak jenguk sangat!)

Korang, okla dulu setakat ni eh.
Nanti I sambung lagi.
Ade keje nak kene siapkan pulop!hu3..
Babaii...:))


selingan jek pic ni-ari mau pulang ke Melesia..:))
3 sahabat yang berkongsi citer suke-duke sepanjang 3 ari di tempat orang..hi3

~permaisuri hatiku!~

Assalamualaikum semua...

Haa....Notes ni I nak share khusus untuk kaum wanita SAHAJA,ok!!
Tapi if male is interested to read, u are invited also guys...:D



Hawa..
Andai engkau masih remaja,
Jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami,
Jadilah isteri yang meringankan beban suami mu
Andai engkau masih ibu,
Didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan agama Allah

Hawa..
Andai engkau belum berkahwin,
Jangan kau risau jodohmu,
Ingatlah Hawa janji tuhan kita,
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim,
Kerana aku khuatir,
Dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman,
Maka tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu ape matlamatnya dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,
Yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu Hawa ..
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
Biarlah hanya cinta dari kedua ibu bapamu
Yang memberi hangat kebahagian buat dirimu,
Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta
Keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa...
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu,
Kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu,
Kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga mengoncang iman lelaki.

Wassalam...

Babai korang...:))

~jeng..jeng..jeng..~

Assalamualaikum semuaaaaaaaaaaaa......
Hihihi..sesaje jek panjangkan huruf 'a' tuh..:p
Da agak lame nak tulih panjang2 kat sini tapi idea tersangatla kureng..
So,i peram jela dulu sampaila mood & idea bergabung.....
BERGABUNG..yer...bergabung ok!untuk menulis karangan..kih3
Sebenarnye citer ni citer lame tau korang..
Citer hujung bulan Mei 2011...(xlame lagi kot??baru nak msk 2 minggu kot??:))


Ni diaaaaaaaaaa...
Jeng..jeng..jeng..(korang bace cam yang korang selalu sebut..dengan nada yang pantas+wat2 seprise..:D)
Mesti korang cakap apela ngan minah ni kan..
Tetibe jek nak wat cam seprise..hu3..
Tapi kalu korang nak tau pe yang i pun terkujat same tu,jumla kite tengok same2 eh!:))
Moh kiterrrr!!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Sikit lagi eh..:D

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
He3..tenkiu sebab sabar men'scroll'..
I cume nak kongsikan seprise yang i dapat when i touch down @ LCCT from Bandung a few weeks ago..:)
Sile jangan muntah tau..hu3


kate si die 3 kuntum ni tande 'saye rindukan awak'..


sampai je umah, terus terdampar kat atas meja makan..ate..umah teman xdop pasu bunge..hu3


bunge + notes from si die..:))tenkiu syg!

Series korang..I tak tipu yang I betul2 terkejut+tergamam mase die hulurkan pas I masuk dalam kete..(mujur die xbagi kat luar yang orang duk ramai kat LCCT tuh..kalu x, maunye I yang termalu sendiri..hu3)

I tau u kadang2 terjenguk jugak kat sini, so dat i would like to say tenkiu so much sayang for do dis to me even I xharapkan pape seprise pon dari U..hu3..(tapi kalau orang da sudi memberi, I lagila suke menerimenye..hi3..)
Murah+bertambah2 rezeki U nanti..kih3

Oke korang..
Jumpe lagi yerrr...
Babai....:))