JellyPages.com

^iklan^

Tuesday, May 24, 2011

~5S lagiiii!!!~

Assalamualaikum & selamat pagi semuaaaa...
Sekarang ni da bermula sesi taklimat kepada panel audit 5s dari MPC..
And....tak lama selepas tu, akan bermulala sesi lawatan audit ke Bahagian² di ofis i nih...
Fuhhhh...semalam sepetang duk berkemas bilik..mengelap cermin meja & cermin penghadang dpn bilik i & jugak my boss..
Penat seyhhh!!Mencabar jela ble tetibe jek pas abes wat sume keje tu tingat nk minum air...
Aissshhh!!kamu lupe ke yang kamu tu pose yob?hihihi
Itula...bile situasi dah terdesak...hahh!!!baru sibuk nak siapkan segala bagai kan??hu3..
Bukan ape korang..kalau awal² i duk lap sane..lap sini..sehari sebelum audit pon i tetap kene lap² smua tu gakss..
So, ape kate i lap je sume tu sehari sebelum kejadian kan?
Takdela nak membuang mase berhari² duk mengelap & menyapu habuk kat bilik ni..hi..alasan orang suke wat keje last minute kan?
Tapi semalam cume wat keje tu je..
Keje² menyisih segala bagai dokumen yang lama & xperlu da wat last week..So, xdela berat sangat keje semalam..:)
Dah nak masuk persijilan ketiga tapi part sentiasa amal tu selalu je fail..Jarang sangat nak sentiasa amal amalan yang lagi 4 tu..
Okela korang..alang² i dah duk potpet² psl 5s ni, ape kate kite view sikit ape itu 5s..:)(sesi pembelajaranla sikit ni.)


Apakah Amalan 5S?
  • Amalan untuk wujudkan tempat kerja lebih produktif.
  • Mempastikan mesin/kelengkapan bersih, berfungsi.
  • Membina budaya kerja yang positif dan dinamik.
  • 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke.
  • Amalan 5S meliputi pengetahuan teknikal, praktikal dan logik untuk menghasilkan penambahbaikan.
  • 5S adalah 5 set perkataan Jepun dengan setiap satunya bermula dengan bunyi “se” or “shi”. Iaitu Se-i-ri, Se-i-to-n, Se-i-so, Se-i-ke-tsu, dan Shi-tsu-ke.


Apa Itu 5S ?
  • 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang bermaksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. 5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun.
  • Mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan jayanya di sana. Amalan ini kemudiannya dipraktikkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Russia, Hungary, Poland, Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica, and Mexico.
  • Program 5S adalah amalan asas ke arah peningkatan produktiviti dan kualiti yang berterusan.
  • SEIRI - Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.
  • SEITON - Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpansemula ditempatnya.
  • SEISO - Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan.
  • SEIKETSU - Seragam & memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso dengan berkesan.
  • SHITSUKE - Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di tempat kerja.
K, itu je buat masa ni..
Babaiiii....:)

No comments: